Sarjan Hassan.

INF🔍: SEJARAH

Kenali ‘sarjan Hassan’

Sarjan Hassan yang berasal dari Kampung Pantai, Seremban dilahirkan pada 1927 dan merupakan anak ketiga daripada lima beradik manakala bapanya merupakan seorang guru agama.

Sarjan Hassan berasal dari N.Sembilan. Mendapat pendidikan pondok di Rantau, N.Sembilan. Berguru dengan ramai para ulama termasuk Mufti N.Sembilan, Sheikh Hj Ahmad. Ketika dalam tentera Sarjan Hassan amat warak, tidak pernah tinggal solat.

Sarjan Hassan adalah satu-satunya orang Islam pada ketika itu dari kelulusan sekolah pondok yang berjaya menjadi pegawai tentera berpangkat Leftenan.

Jasa besar Sarjan Hassan yang tidak tercatit dalam sejarah atau akhbar di Tanah Melayu pada ketika itu, hanya dilaporkan dalam akhbar Singapura ialah kejayaan Sarjan Hassan (pada ketika itu berpangkat Leftenan) menggagalkan cubaan komunis untuk sabotaj sambutan kemerdekaan 10 hari sebelum 31 Ogos 1957.

Leftenan Hassan dengan 10 anggota telah berjaya menjejaki tempat pertemuan ketua-ketua pengganas komunis seluruh Tanah Melayu di Rawang. Leftenan Hassan berjaya membunuh komunis dan menjumpai dokumen serta senjata yang akan digunakan untuk menggagalkan sambutan kemerdekaan negara yang berkemungkinan untuk membunuh Tuanku Abdul Rahman dan beberapa pembesar Melayu lain.

Kubur Sarjan Hassan seperti kubur kebanyakan orang Islam lain, tiada yang istimewanya di Makam Sheikh Hj Mohd Said di Seremban.

Sesungguhnya Sarjan Hassan adalah merupakan pahlawan Islam kebanggaan pengajian pondok di Rantau, N.Sembilan dan kebanggaan rakyat Malaysia.

Al-Fatehah khusus untuk arwah Sarjan Hassan.

Terlewat.

Buat anda yang ada rasa sudah terlewat mendalami ilmu agama, mari saya ceritakan beberapa kisah ulama’ yang belajar di usia tua yang akhirnya mereka jadi ulama’ besar dunia!

Imam Al-Qaffal kerja sejak muda sebagai pembuat kunci. Dia mula belajar agama diusia 40 tahun dan dia tak malu belajar diusia itu! Meninggal umur 80 tahun. 40 tahun dalam kejahilan, 40 tahun kemudian sebagai orang berilmu malah Imam besar!

Begitu juga Imam Asbagh Al-Maliki, dia mula belajar ilmu agama diusia 30 tahun.

Imam Ibn Hazm mula belajar diusia 26 tahun selepas ditegur berkaitan solat. Bahkan ada sebahagian ulama’ yang pergi belajar walaupun dah berumur 70/80 tahun dan mereka tak pernah malu!

Jadi kenapa kita perlu malu? Tak perlu malu. Biarlah orang nak kata apapun sebab belajar diusia tua itu dialami oleh sebahagian ulama’ silam.
Kalau tak tahu baca Al-Quran, tak tahu tentang solat, etc. Pergi belajar. Jangan malu. Anda akan rasai betapa seronoknya bilamana daripada anda tak tahu nak baca Al-Quran akhirnya dapat baca sendiri dan dapat pula ajar orang lain. Anda akan rasai betapa seronoknya bila dapat tahu sesuatu ilmu yang sebelum ini kita tak tahu.

Perasaan ini hanya akan dapat bila kita belajar dan tak malu nak belajar? Kenapa perlu malu belajar sedangkan menuntut ilmu tu suatu kemulian???
Kenapa malu belajar sedangkan belajar tu jalan untuk ke syurga? Kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam:

وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ بِهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الجَنَّةِ
Siapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan baginya jalan untuk ke syurga.

[Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Jadi, tak perlu rasa malu nak belajar agama walaupun dah dewasa. Tiada istilah terlambat untuk belajar.

Kata Imam Ibn ‘Aqil:

Aku merasakan diriku belajar ketika aku kini berusia 80 tahun lebih bersemangat semasa aku berusia 30 tahun!

Semoga kisah mereka menjadi pencetus semangat dan inspirasi buat anda!

•Ad-Dien Abdul Kadir
Kisah yang saya sebutkan diatas bukan seruan untuk membolehkan enjoy dan tunggu tua dulu baru belajar Agama.

Apa yang saya ceritakan tu tujuannya untuk mereka yang rasa tak ada semangat nak belajar dan rasa malu nak belajar sebab rasa dah dewasa.. Jadi bila dah ada kesedaran nak belajar agama dan dah baca kisah² diatas, harap lepas ni mentaliti berubah dan rasa tak malu dah nak belajar walaupun dah dewasa. Ingat, kita tak tahu bila ajal menjemput. Jadi jangan bertangguh lagi. Buang rasa malu dan mulakan mencari ilmu. Semoga dipermudahkan Allah.

Tanah Melayu.

Tanah Melayu diserang Khmer(Angkor, Chenla) mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Chola, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Siam/Thai(Sukhotai, Thonburi, Ayuthaya, Rattanakosin) mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Portugese, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang Belanda, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tanah Melayu diserang oleh British, mana pergi Cina, mana pergi India untuk mempertahankan Tanah Melayu ini?

Tiba2 mereka datang nak hak samarata, nak hapuskan hak bumiputra. Padahal orang-orang Melayu dan Pribumi bermati matian mempertahankan Tanah Air Ini sejak dulu lagi.

Kominis.

63 BUAH JENTOLAK DILETUPKAN OLEH KOMUNIS, 3 NYAWA MELAYANG (PEMBINAAN LEBUHRAYA GRIK-JELI)


Lebuhraya Timur Barat, jalan darat yang melintasi Banjaran Titiwangsa. Menceritakan pengorbanan orang dulu-dulu, bersusah payah untuk kesenangan anak cucu hari ini.Kita hayati bertapa kemerdekaan perlu dikekalkan, keamanan perlu dijaga oleh generasi sekarang.

Pada 27 Ogos 1974, ketika para pekerja yang membina Lebuhraya Timur Barat. Mereka telah diserang oleh komunis. 63 buah jentolak telah diletupkan, turut mengorbankan 3 nyawa pekerja JKR dan beberapa orang lagi telah tercedera.

Komunis yang kembali mengganas antara tahun 1967-1989 iaitu era Darurat Kedua. Para pekerja membina Lebuhraya Timur Barat menjadi mangsa serangan hendap pihak komunis. Akibat tindakan pihak komunis ini, tempoh pembinaan lebuhraya ini menjadi lama, memakan masa 11 tahun. Saya sendiri masih ingat awal 80an semua perjalanan dr Gerik ke Kedah dan Kelantan ditutup kepada orang awam bermula jam 6.00petang.

Kos pembinaan juga meningkat daripada RM 85 juta menjadi RM 205 juta, ini kerana banyak jentera dan peralatan dirosakkan atau dimusnahkan oleh Komunis bagi menggagalkan usaha pembinaan jalan raya tersebut. Kerana mereka tahu jika jalan raya ini siap, ia akan memudahkan lagi pergerakan tentera bagi memerangi pengganas komunis yang bersarang di kawasan tersebut, terutama dikawasan Hutan Belum.

Bagi merakam penghargaan terhadap mereka yang terkorban ketika bekerja keras membina jalan yang menghubungkan Jeli dan Grik ini, satu tugu peringatan telah dibina oleh JKR. Bagi mengenangkan pengorbanan para pekerja yang telah terkorban menjadi mangsa komunis.

Jika ada anak cucu hari ini yang melintasi jalan itu, ingatlah bertapa susahnya orang dulu-dulu berkerja untuk menyiapkan Lebuhraya Timur Barat demi keselesaan generasi hari ini. Pengorbanan mereka sungguh hebat, walaupun tahu kawasan itu berisiko, namum mereka berjiwa kental, sanggup bekerja keras demi menyiapkan jalan ini.
-HULU PERAK NEWS (HPN)

Contoh.

Nik Ab Rahim Nik Ab Aziz:
APA YANG BERLAKU DI SINGAPURA BOLEH DIJADIKAN CONTOH KESAN RATIFIKASI ICERD

*BAGAIMANA MELAYU SINGAPURA DIPINGGIRKAN KERAJAAN PAP TANPA MENUKAR PERLEMBAGAAN?*

*”Orang Melayu ni paranoid. Kalau kita ratifikasi ICERD pun, hak hak istimewa Bumiputera masih terjamin. Nak batalkan Perkara 153 bukan saja perlu 2/3 majoriti, tetapi perlu kelulusan Raja Raja Melayu. Jangan bimbang tak bertempatlah!”*
*_Begini jawapannya:_*

*Perkara 152(2) Perlembagaan Singapura juga menyebut tentang kedudukan istimewa Melayu sebagai kaum pribumi (indegenous people) dan tanggungjawab kerajaan mereka dalam memelihara hak dan kepentingan kaum Melayu dari sudut bahasa, pendidikan, agama, politik, sosial dan ekonomi.*

*Tetapi apa yang berlaku adalah perlembagaan akan tinggal nama sahaja apabila dasar kerajaan sedia ada akhirnya meminggirkan bangsa tersebut. Contohnya selepas kemerdekaan daripada Malaysia tahun 1965, Jawatankuasa Penasihat Penamaan Jalan Singapura telah menghentikan penggunaan nama Melayu bagi jalan di negara tersebut. Malahan mereka mula menggantikan perkataan ‘lorong’ kepada ‘avenue’ atau ‘drive’. Bermula tahun 1980an, nama2 Cina pula digunakan. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi bahasa?*

*Selepas tahun 1965, Singapura telah memperkenalkan kuota perumahan, skim penempatan semula bandar dan mewujudkan sistem perwakilan undi (GRC). Keadaan ini telah mencairkan kuasa politik Melayu dan melemahkan parti parti pembangkang pro Melayu seperti PKMS. Jadi dimana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi politik?*

*Kuota kediaman etnik juga diperkenalkan pada tahun 1989 dengan syarat bahawa peratusan etnik Melayu tidak boleh melebihi 20% daripada sebuah kawasan pilihanraya dan 22% daripada komposisi penduduk blok perumahan awam. Jadi di mana pemeliharaan kedudukan Melayu dari segi ekonomi sedangkan tumpuan perniagaan dan infrastruktur adalah kepada kawasan perumahan berpusat seperti ini?*

*Dari segi pendidikan, kedudukan Melayu lebih parah. Sehingga 2005, tidak pernah ada seorang pun Melayu menerima biasiswa Angkatan Tentera Singapura (SAFOS). 98% daripada penerima biasiswa luar negara SAFOS pula berbangsa Cina. Bermula tahun 1990, kerajaan Singapura telah membatalkan dasar pelajaran percuma kepada kaum Melayu tanpa syarat yang diwarisi dari zaman British. Kesannya, mana2 keluarga Melayu berpendapatan SGD2000 sebulan perlu membayar yuran pengajian yang tinggi. Jadi dimana pemeliharaan terhadap kedudukan Melayu dalam pendidikan?*

*Saya tak ada masalah jika bangsa saya jahil. Jahil itu penyakit. Penyakit itu ada ubatnya. Belajar dan membaca adalah ubat kejahilan.*

*Tapi menjadi bXXi ni tak ada ubat. Samak macammana pun dia akan kekal najis.*

*Sumber rujukan:*

*1. Perlembagaan Singapura ms 158*

*2. Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu, Prof Madya Dr Lily Zubaidah Rahim (Assoc Professor at University of Sydney), Oxford University Press, 2004, ms 91-101, 265*

Abdul Rahim Hilmi Zakariya